suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amanda Bynes Dakwa Polis Lakukan Gangguan Seksual

Amanda mendakwa menerima gangguan seksual daripada seorang anggota polis yang cuba menahannya.
Amanda mendakwa menerima gangguan seksual daripada seorang anggota polis yang cuba menahannya.
Amanda mendakwa menerima gangguan seksual daripada seorang anggota polis yang cuba menahannya.

PELAKON Amanda Bynes mendakwa telah menerima gangguan seksual daripada seorang anggota polis yang menahannya baru-baru ini.

Menurut laporan Contactmusic.com, Bynes, 27, ditahan di kediamannya di New York atas dakwaan memiliki dadah selain berkelakuan tidak senonoh.

"Jangan percaya tentang laporan saya ditahan. Ia semuanya tidak benar. Saya telah menerima gangguan seksual daripada salah seorang anggota polis yang menahan saya pada malam sebelumnya," kata Bynes menerusi status Twitter miliknya.

"Dia (polis) menipu dan mereka-reka cerita walhal dia menyentuh bahagian sulit saya. Saya memanggil polis lain untuk mengadu perbuatannya. Tetapi dia menggari saya dan sebab itu saya melawan," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain