suria

ALBUM BARU: 'Terbaik' Kumpulkan Lagu-Lagu Hits KOTAK

ALBUM: Terbaik

ARTIS: KOTAK

EDARAN: Warner Music Malaysia

KUMPULAN KOTAK ditubuhkan pada tahun 2004 di mana mereka menjadi juara di pertandingan Dream Band dan tahun ini merupakan tahun kesembilan KOTAK berada di persada muzik Indonesia.

Terbaik merupakan album yang harus dimiliki kerana ia merupakan kompilasi pertama merangkumi kesemua lagu-lagu hits daripada album KOTAK yang terdahulu dan juga beberapa buah lagu baru.

Band yang berasal dari Jakarta yang memperjuangkan lagu-lagu modern rock telah mengeluarkan empat album studio dengan beberapa pencapaian dan anugerah daripada Industri Muzik Indonesia dan Anugerah Planet Muzik.

Album itu memuatkan sebanyak 17 buah lagu, tiga lagu baru, dan dua trek bonus di mana tiga lagu baru tersebut adalah Hijaukan Bumi, I Love You, dan Kecuali Kami dan dua trek bonus adalah Jetlag nyanyian bersama kumpulan punk rock Kanada iaitu Simple Plan dan Aku Yang Tersakiti nyanyian bersama Judika.

Untuk lagu terbaru KOTAK, mereka telah bekerjasama dengan komposer ternama Indonesia, Pay dan Dewiq yang pernah menghasilkan lagu untuk penyanyi terkenal Indonesia seperti Rossa, Krisdayanti dan Agnes Monica.

Ini menandakan bahawa Pay dan Dewiq nampak akan kehebatan kumpulan KOTAK untuk meletak dan menaikkan nama mereka di Industri Muzik Indonesia.

Kecuali Kamu pula merupakan single kedua daripada album Terbaik mengisahkan tentang betapa peritnya proses sebuah hubungan yang harus di hadapi oleh sepasang kekasih.

Lirik untuk lagu ini juga menggambarkan tentang kisah hati yang sudah biasa dilukai oleh bekas kekasih tetapi tidak pada kekasih barunya.

Antara lagu-lagu lain termasuklah Tendangan Dari Langit, terbang, Lupa Ingatan, Pelan-Pelan Saja, Kosong Toejoeh, Selalu Cinta dan Masih Cinta.

Artikel Lain