suria

Ainul Aishah, Wanpa Berkolaborasi Besarkan Bisnes 'Ainul A Cookies'

KUALA LUMPUR: Pelakon Ainul Aishah yang kini mengusahakan bisnes menjual biskut, Ainul.A Cookies akan berkerjasama dengan pekera fesyen tempatan Wanpa dalam mengembangkan lagi perniagaan tersebut.

Ainul, 28, berkata, idea tersebut timbul selepas sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan-pelanggan yang menempah baju daripada pereka fesyen tersebut.

"Pada asalnya saya meletakkan biskut saya di butik Wanpa atau di majlis-majlis fesyen dan pelanggan-pelanggan dia banyak order.

"Kami pula memang jenis yang berfikiran bisnes, jadi dia ajak saya untuk besarkan lagi dan buat secara serius," katanya.

Tambah Ainul, dia juga mendapat bantuan daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memulakan perniagaan tersebut.

"Alhamdulillah sekarang masih dalam peringkat permulaan dan kami baru di fasa pertama, setakat ini kita akan mulakan modal sebanyak RM50 ribu terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, tambah Ainul, dia akan kembali ke bidang lakonan selepas raya dan kini sedang mempertimbangkan beberapa tawaran lakonan.

Artikel Lain