suria

Candice Glover Juara American Idol 12

Candice tidak dapat menahan perasaan apabila diumumkan sebagai juara American Idol musim ke-12.
Candice tidak dapat menahan perasaan apabila diumumkan sebagai juara American Idol musim ke-12.
Candice tidak dapat menahan perasaan apabila diumumkan sebagai juara American Idol musim ke-12.

PENYANYI yang berasal dari South Carolina, Candice Glover telah dinobatkan sebagai juara American Idol musim ke-12 pada malam Khamis dan menjadi peserta wanita pertama memenangi pertandingan itu sejak musim keenam pada tahun 2007.

Candice, 23, berjaya menewaskan Kree Harrison pada pertandingan akhir dengan kemantapan vokal 'soul' dan kemenangannya itu menepati ramalan sejak awal lagi.

Ini adalah percubaan ketiga Candice menyertai American Idol selepas gagal dalam uji bakat pada tahun 2009 dan 2011.

"Penantian tiga tahun. Kesungguhan, kesabaran. Anda adalah pemenang American Idol," umum pengacara, Ryan Seacrest dihadapan 7,000 penonton yang membanjiri Kodak Theatre di Los Angeles.

Candice yang kelihatan terkejut dengan pengumuman itu dilihat menitiskan air mata dan tidak mampu berkata-kata.

Ryan mengumumkan keputusan itu selepas beberapa persembahan hebat daripada artis jemputan seperti Aretha Franklin, Jennifer Lopez, Pitbull dan Psy.

Juri American Idol iaitu Keith Urban dan Mariah Carey turut membuat persembahan pada malam itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain