suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Michael Buble & Isteri Cakap Sepanyol Ketika Gaduh

Michael Buble dan Luisana senang berbahasa Sepanyol apabila berbalah dengan isterinya.
Michael Buble dan Luisana senang berbahasa Sepanyol apabila berbalah dengan isterinya.
Michael Buble dan Luisana senang berbahasa Sepanyol apabila berbalah dengan isterinya.

PELAKON dan penyanyi Michael Buble akan bertutur bahasa Sepanyol setiap kali bergaduh dengan isterinya, Luisana Lopilato, di khalayak.

Menerusi laporan portal Newkerala, Buble berkata, keadaan itu membuatkan orang di sekeliling mereka tidak akan faham akan perbualan berkenaan.

"Apabila kita fasih dalam dua bahasa, ia sangat memudahkan sebenarnya lebih-lebih lagi apabila saya bergaduh dengan isteri di depan khalayak atau rakan-akan.

"Dengan memberikan senyuman, saya membebel kepada isteri dan kami akan berbalah panjang lebar.

"Kawan-kawan pula menganggap ia satu benda yang comel," selorohnya.

Bagaimanapun tambah Buble, dia mengakui belum lagi menguasai sepenuhnya bahasa tersebut dan masih lagi mempelajarinya.

"Keupayaan bahasa Sepanyol saya masih belum membuatkan Luisana tertarik dengan kemampuan saya.

"Lagipun ketika di awal perkenalan, kami tidak berkongsi pengetahuan tentang bahasa masing-masing. Luisana cakap dengan bahasanya iaitu Sepanyol dan saya pula berbahasa Inggeris," ujarnya.

Buble, 37, dan Luisana, 25, telah berkahwin pada 31 Mac 2011.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain