Kate Winslet Nikah Kali Ketiga Secara Rahsia

Kate Winslet bersama Ned Rocknroll.
Kate Winslet bersama Ned Rocknroll.
Kate Winslet bersama Ned Rocknroll.

LONDON: Pemenang anugerah Oscar iaitu pelakon Kate Winslet telah berkahwin untuk kali ketiga dalam satu majlis rahsia dengan Ned Rocknroll iaitu anak saudara kepada Richard Branson, lapor akhbar The Sun pada Khamis.

Winslet, 37, yang digelar sebagai bintang “Titanic” hasil lakonan hebatnya dalam filem itu dengan Leonardo DiCaprio dilaporkan telah bernikah pada awal Disember lalu dalam majlis yang dihadiri oleh kawan rapat.

Suami baru Winslet yang berusia 34 tahun itu telah menukar namanya kepada Abel Smith dan bekerja secara sambilan membantu syarikat pakciknya Virgin Galactic.

Mereka dikatakan mula mengenali di antara satu sama lain pada tahun lalu.

Winslet pertama kali berkahwin pada tahun 1998 dengan Jim Threapleton, yang merupakan penolong pengarah "Hideous Kinky" di mana dia membintangi karya itu.

Mereka mempunyai seorang anak perempuan, Mia Madu, pada tahun 2000 tetapi berpecah pada tahun berikutnya.

Suami keduanya ialah Sam Mendes, pemenang Oscar bagi pengarah British menerusi "American Beauty.”

Mereka berkahwin dalam satu majlis di Pulau Caribbean, Anguilla pada Mei 2003 dan mendapat seorang anak iaitu Joe Alfie.

Bagaimanapun pada tahun 2010, mereka mengumumkan untuk bercerai secara baik. - AFP

Artikel Sebelum

Shakira Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain