suria

Festival Filem Asean Di Sarawak Tahun Depan

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang (dua, kiri) ketika melancarkan Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2013 di Hotel Royale Chulan, di sini pada Jumaat. Turut kelihatan Ketua Pengarah Finas Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah (paling kiri), Pengarah Festival Livan Tajang (dua, kanan) dan Setiausaha Kementerian Pelancongan Sarawak Datuk Ik Pahon Joyik. - Foto oleh P. NATHAN

KUALA LUMPUR: Faktor kesuntukan masa tidak menjejaskan penganjuran Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2013 bagi menghargai karya filem negara-negara Asean pada 28 hingga 30 Mac depan.

Pengarah AIFFA2013, Livan Tajang berkata, isu masa bukanlah masalah kepada pihaknya kerana perancangan rapi bagi acara berprestij yang kali pertama diadakan itu sudah berjalan secara berperingkat sejak pertengahan tahun ini.

“Tiada isu mengenai kesuntukan masa atau tidak cukup masa untuk kita anjurkan AIFFA2013. Kita sudah lama rancang (AIFFA2013), malah kerja-kerja juga sudah berjalan sejak pertengahan tahun lagi.

“Cuma kami tidak hebahkan kepada umum dahulu sehingga mendapat tarikh bersesuaian,” katanya ketika ditemui mStar Online selepas pelancaran anugerah itu di Hotel Royale Chulan di sini, pada Jumaat.

Majlis dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang, Ketua Pengarah Finas Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dan Setiausaha Kementerian Pelancongan Sarawak Datuk Ik Pahon Joyik.

Ia turut diserikan dengan kehadiran penggiat seni lakon antaranya pelakon Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Sofia Jane, pengarah U-Wei Hj Saari dan penerbit Raja Azmi Raja Sulaiman.

AIFFA2013 bakal mengiktiraf filem-filem cereka dan pendek karya para penggiat seni 10 negara Asean iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam.

Ditanya mengenai kredibiliti penganjur dalam mengadakan anugerah berskala besar itu, Livan berkata, sokongan dan bantuan daripada kementerian serta pihak-pihak berpengalaman dengan industri perfileman tempatan dan rantau Asean melancarkan proses persiapan.

“Memang ia pengalaman pertama kami menganjurkan acara sebesar ini tetapi dengan sokongan kementerian berkaitan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), pakar-pakar industri perfileman rantau Asean, semuanya berjalan seperti dirancang.

“Penggiat filem negara-negara Asean boleh menghantar penyertaan mereka pada sekretariat kami di setiap negara terbabit untuk proses penghakiman awal sebelum di senarai pendekkan mengikut kategori,” katanya.

Tambah Livan, sehubungan itu pihaknya mengalu-alukan sokongan penggiat filem tempatan untuk menghantar seberapa banyak pencalonan yang dihasilkan atau ditayangkan bagi tempoh antara 1 Januari 2012 hingga 1 Februari 2013.

AIFFA2013 akan diadakan di Kuching, Sarawak selepas mendapat penajaan daripada kerajaan negeri itu.

Berikut adalah atur cara yang dirancang untuk AIFFA2013:

28 Mac 2013 - Majlis makan malam ‘Selamat Datang’ dan program ‘Movies in the Rainforest’ di Kampung Budaya Sarawak

29 & 30 Mac 2013 - Karnival Rakyat di Waterfront Kuching, Pameran filem dan seminar di Hotel Pullman, Kuching

30 Mac 2013 - Pertandingan ‘Golfing with the Stars in Borneo’ di Kelab Golf Sarawak, malam anugerah di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching

Untuk maklumat lanjut, layari www.aseanfilmfest.com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain