suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi Moore Kecewa Hubungan Rihanna, Ashton Kutcher

Demi Moore
Demi Moore
Demi Moore

LONDON: Aktres Demi Moore dilaporkan kecewa dengan perkembangan terbaru mengenai hubungan bekas suami, aktor Ashton Kutcher dan penyanyi Rihanna.

Aktres berusia 49 tahun yang kini menjalani rawatan di pusat pemulihan akibat masalah pemakanan dan penagihan, dikatakan berada dalam keadaan berduka selepas dia melihat gambar Rihanna mengunjungi rumah Kutcher pada tengah malam.

“Selama ini Demi sentiasa mengawasi dan memantau gerak geri Ashton, apabila gambar (Rihanna dan Ashton) itu tersebar, pastinya dia berasa kecewa.

“Demi yakin mereka mempunyai hubungan istimewa dan perkara itu sangat mengganggu emosinya,” kata satu sumber seperti dipetik laman web femalefirst.co.uk.

Sumber tersebut turut menambah, “Demi berkelakuan aneh sejak berita itu tersebar di mana dia berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai hubungan mereka.” - IANS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain