suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Evan Rachel Wood Sanggup Berbogel

Evan Rachel Wood
Evan Rachel Wood
Evan Rachel Wood

SEPERTI biasa, berbogel bukanlah satu isu luar biasa buat para selebriti Hollywood. Ia menjadi lumrah untuk mereka tidak mengenakan sehelai benang sekalipun jika diminta beraksi sedemikian dalam sesi fotografi majalah mahupun berlakon filem.

Begitu juga dengan bintang filem The Wrestler, Evan Rachel Wood, dia mula memberanikan diri dengan beraksi separuh bogel dalam majalah Flaunt.

Menurut laporan Contactmusic, dalam majalah terbitan baru di Amerika Syarikat, Evan hanya memakai seluar pendek dengan menampakkan bahagian dadanya.

Tanpa ragu-ragu, pelakon yang juga merupakan seorang penyanyi itu mengaku dia senang dan bangga dengan foto yang diambil oleh Ellen von Unwerth itu.

"Bagi saya foto yang menampakkan dada bukanlah perkara memalukan tetapi ia adalah sebuah karya seni yang mempunyai nilai yang sangat tinggi.

"Flaunt adalah jurugambar yang hebat, dia membuatkan foto saya nampak lebih cantik daripada diri saya yang sebenar," selorohnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain