suria

Aril Pilus Tidak Putus Asa Kerjaya Seni Merudum

Aril Pilus
Aril Pilus
Aril Pilus

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara Aril Pilus tidak pernah merungut atau berputus asa dengan perjalanan karier seni yang dilihat agak merudum selepas hampir tiga tahun bergelar artis.

Sebaliknya, adik kepada penyanyi Izwan Pilus ini menganggap dirinya cukup bertuah kerana berpeluang untuk mengembangkan bakat sebagai pengacara dan juga pelakon.

"Biar apa pun persepsi orang pada karier nyanyian saya, ia bukan satu alasan untuk saya merungut atau berputus asa.

"Mungkin karier nyanyian saya kurang menyerlah pada mata umum namun saya bersyukur kerana ia tidak terhad pada nyanyian sahaja.

"Saya diberikan kepercayaan untuk mengembangkan potensi sebagai pengacara juga," katanya yang pernah mengacarakan program Trek Selebriti.

Aril berkata selepas hampir tiga tahun sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), dia berasa sangat seronok dengan pelbagai bidang dan cabaran yang dilakukannya.

"Saya seronok dengan apa yang saya lakukan hari ini. Saya terus menerima pelbagai tawaran sebagai pengacara dan masih aktif dalam nyanyian.

"Jadi, tidak ada sebab untuk saya menganggap kerjaya seni saya terumbang-ambing seperti yang didakwa oleh segelintir pihak," katanya.

Berkongsi tentang perkembangan nyanyian, penyanyi lagu Anugerah Terindah berkata pada tahun ini dia akan tampil dengan lagu ‘single’ terbaru yang menyaksikan kolaborasi bersama penyanyi dan komposer Altimet.

"Lagu baru itu bertemakan muzik shuffle, di mana saya bergandingan dengan Altimet. Insya-Allah ia akan keluar dalam masa terdekat.

"Selain itu, pihak Astro juga sudah merangka beberapa projek yang menggandingkan saya, Akim dan Hafiz tidak lama lagi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain