suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aretha Franklin Bakal Berkahwin Pada Usia 69 Tahun

Aretha Franklin dan tunangnya, William.
Aretha Franklin dan tunangnya, William.
Aretha Franklin dan tunangnya, William.

PENYANYI veteran, Aretha Franklin dilaporkan bakal berkahwin buat kali ketiga dengan William Willie Wilkerson yang juga orang kepercayaan ratu ‘soul’ itu.

Aretha, 69, sebelum ini pernah berkahwin dengan pengurusnya, Ted White sekitar tahun 60-an dan berpisah dengan suami keduanya Glynn Turman pada 1984 selepas lima tahun bersama.

Penyanyi lagu Chain of Fools itu yang dilaporkan mengalami kanser pada 2010 kini kelihatan ceria dan bahagia di samping William.

Pasangan itu dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun depan dan Aretha ingin meraikan saat bahagianya itu di pantai Miami.

"Tidak perlu terburu-buru untuk berkahwin kerana saya tidak mengandung," katanya bergurau.

Cita rasa penyanyi itu juga tinggi apabila ingin mengayakan pakaian daripada Valentino atau Vera Wang pada perkahwinan itu nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain