suria

Batal Semua Konsert, Adele Jalani Pembedahan Tekak

Adele.
Adele.
Adele.

NEW YORK: Penyanyi lagu Someone Like You, Adele telah membatalkan semua konsertnya sehingga hujung tahun ini kerana mengalami masalah tekak.

Adele, 23 juga dikatakan akan menjalani satu pembedahan untuk memperbaiki masalah tekak dan peti vokalnya. Malah ada pihak mendakwa Adele sebenarnya menghidapi kanser tekak.

"Saya kesal kerana terpaksa membatalkan semua siri konsert saya dan sedih untuk menyatakan bahawa kini saya sedang mengalami masalah suara saya," ujarnya dalam satu kenyataan di laman web rasmi miliknya.

Peminat penyanyi itu nyata sedih dengan berita tersebut tetapi sentiasa memberikan sokongan kepadanya di laman Twitter dengan mendoakan supaya penyanyi itu kembali sihat.

"Saya tiada pilihan dan perlu menjalani pembedahan atau mengalami kerosakan suara buat selama-lamanya," katanya.

Adele dijangka memerlukan masa lebih kurang setahun untuk kembali pulih.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain