suria

Zizan Nin Terjerumus Ke 'Jalan Songsang'

Zizan Nin bakal muncul dalam telefilem Jalan Songsang di TV3.
Zizan Nin bakal muncul dalam telefilem Jalan Songsang di TV3.
Zizan Nin bakal muncul dalam telefilem Jalan Songsang di TV3.

PETALING JAYA: Pelakon berbakat, Zizan Nin memberitahu berbesar hati dapat bersama-sama menjayakan drama Jalan Songsang yang bakal disiarkan dalam slot Cerekarama di TV3.

Menurut pelakon itu, dia teruja dengan skrip telefilem berkenaan yang sarat dengan unsur keagamaan dan watak tersebut lain daripada yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

Mengisahkan mengenai seorang ustaz muda (Zizan) yang cuba mendekati golongan remaja dan belia bermasalah, Zizan dalam satu kenyataan media memberitahu dia berharap lakonannya itu dapat menyampaikan mesej yang baik dan murni.

Diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd, Jalan Songsang turut dibarisi oleh pelakon seperti Shiela Mambo, Wan Sharmila, Hairi, Johan As'ari dan Widya.

Dalam perkembangan lain, Zizan juga bakal muncul dalam drama bersiri Musolla Al-Amin untuk siaran TV Al-Hijrah dan telefilem, Cinta Thosai di RTM.

Dia juga kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri Puisi Cinta Rubiah bersama-sama pelakon baru iaitu Ixora Chern dan Tia Ibrahim.

Artikel Lain