suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yuni Shara Nafi Putus Cinta Dengan Raffi Ahmad

JAKARTA: Penyanyi Yuni Shara menafikan sama sekali khabar angin mengatakan hubungan cintanya dengan pelakon Raffi Ahmad sudah berakhir.

Menurut kakak penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanyi ini, dia dan Raffi masih lagi pasangan kekasih dan tidak pernah membuat kenyataan tersebut.

"Siapa yang kata kami telah putus hubungan, sedangkan kami tidak pernah berkata tentang itu sama sekali," katanya seperti dipetik DetikHot.com.

Yuni berkata, mereka masih bersama dan malah menjalani hubungan seperti awal mereka bercinta dahulu.

Khabar berakhirnya hubungan pasangan kekasih itu sedang hangat diperkatakan kebelakangan ini. Ia berikutan perbezaan usia sehingga mewujudkan ketidaksefahaman antara mereka.

Sementara itu, Yuni Shara juga menegaskan bahawa tiada orang ketiga dalam hubungan percintaan mereka.

"Tiada orang ketiga dalam hubungan kami, cuma masing-masing sibuk dengan hal kerja," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain