suria

Artis Meriahkan Sesi Ramah Mesra ASK2011

Antara artis yang hadir ke sesi ramah mesra ASK2011 di One Utama, Sabtu. - Foto RAHMAN RAHIM
Antara artis yang hadir ke sesi ramah mesra ASK2011 di One Utama, Sabtu. - Foto RAHMAN RAHIM
Antara artis yang hadir ke sesi ramah mesra ASK2011 di One Utama, Sabtu. - Foto RAHMAN RAHIM

PETALING JAYA: Bagi menyemarakkan Anugerah Skrin (ASK) 2011, TV3 menganjurkan sesi ramah mesra melibatkan artis dan peminat di One Utama, di sini, Sabtu.

Antara artis-artis yang telah memeriahkan acara tersebut adalah Datin Paduka Umie Aida, Zahiril Adzim, Johan As’ari, Izreen Azminda, Wan Sharmila, Zul Yahya, Syazwan Zulkifli, Nashrin, Najwa Latif dan Salma (Mentor 5).

Selain itu, turut diadakan pertandingan Pencarian Hos Bintang Pantene yang dimenangi oleh Nik Husna Nik Ali. Sebagai ganjaran, dia berpeluang mengacarakan karpet merah di samping Adzriefaiz Adzlan (Faiz) dan Nabila Huda.

Sepuluh finalis yang bertanding terpilih menerusi empat sesi uji bakat di Kuala Terengganu, Melaka, Kelantan dan Subang Jaya.

ASK2011 bakal berlangsung pada 4 November depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dan dihoskan oleh pengacara Ally Iskandar dan pelakon Rozita Che Wan.

Antara artis-artis yang akan menjayakan persembahan ASK2011 ialah Black, Elecoldxhod, Ferhad, Zizan, Zain Ruffedge, Altimet, Najwa Latif, Awi Rafael, Nashrin, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Alyah, Aizat dan Tomok.

Selain itu, nantikan persembahan istimewa daripada dramatis seperti Kilafairy, Nur Fathia, Wawa Zainal dan Liyana Jasmay.

Secara keseluruhan, ASK2011 bakal mempertandingkan 23 kategori meliputi 10 kategori drama, 7 kategori filem dan 6 kategori penerbitan dalaman serta dua Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

Calon-calon yang dipertandingan terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011 selain pencalonan drama berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.

Untuk kategori drama, 17 buah drama, 10 drama rantaian dan 7 drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem pula 29 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk ASK2011 ini.

Antara drama yang layak bertanding seperti Berkalung Noda, Airmata Nur Salina, Korban Kasih Abah, Jangan Hantar Aku Ke Neraka, Rendang Madu, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Sanggul Beracun.

Sementara filem yang layak bertanding termasuklah Mantra, Magika, Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa, Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi dan KL Gangster.

Bagi kategori drama rantaian pula, ASK2011 menerima pencalonan seperti Asmara 2, Juvana, Nora Elena, Syurgamu Ramadan, Trilogi Cinta, Roda-Roda KL, Dia Bukan Maryam dan Lagenda Budak Setan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain