Saloma Bistro Imbas Semula Nostalgia Studio Jalan Ampas - Hiburan | mStar

Saloma Bistro Imbas Semula Nostalgia Studio Jalan Ampas

Datuk Maria Menado antara seniwati yang hadir ke majlis tersebut.
Datuk Maria Menado antara seniwati yang hadir ke majlis tersebut.

KUALA LUMPUR: Saloma Bistro dan Theatre Restaurant Sdn Bhd telah mengimbas kembali zaman kemasyuran serta kegemilangan era bintang-bintang lagenda di restoran tersebut pada Jumaat.

Dengan bertemakan konsep ‘Nostalgia Studio Jalan Ampas’, majlis berbuka puasa bersama seniman dan seniwati lagenda itu turut dimeriahkan dengan kehadiran bintang-bintang lagenda dari Singapura.

“Setiap tahun, kami akan menganjurkan acara ini sebagai tanda penghargaan kepada seniman dan seniwati tanah air.

“Tahun ini, pihak pengurusan Restoran Saloma telah memperuntukkan RM60,000 untuk acara yang telah mencecah tahun ke-7 termasuk sumbangan duit raya sebanyak RM20,000 untuk seniman dan seniwati,” kata pengurus restoran, Mohd Yazid Aziz.

Seramai 33 bintang lagenda yang hadir seperti Neng Yatimah, Zaiton, Kasim Masdor, Zaini Satar, Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin, Datuk Sarimah, Datuk Mustapha Maarof, Datuk Yusni Hamid, Datin Umi Kalsom, Datuk Aziz Satar, Datuk Yusof Haslam, Datuk Maria Menado, Mariani, Sofea Ibrahim dan Momo Latif.

Hadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir dan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Victor Wee yang turut menyampaikan duit raya serta hamper raya kepada seniman dan seniwati yang hadir.

Selaras dengan tema pada malam itu, satu medley istimewa ‘Irama Empat Bintang’ dipersembahkan yang mengenang kembali lagu-lagu yang dipopularkan oleh Nona Asiah, P Ramlee, Ahmad Daud dan Saloma serta dendangan lagu Hari Raya Aidilfitri bagi menyemarakkan perayaan tersebut yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Hazama & Iqa Suka Bersederhana

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain