suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tilu & Monoloque Antara 25 Pemuzik Di Festival Anak Muda

PETALING JAYA: Dua puluh lima pemuzik bakal menghiburkan pengunjung di Festival Anak Muda 2011: Rock The Youth : Meraya & Memperkasa.

Festival ini bakal dianjurkan di Kompleks 3K, Jalan SS13/1, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya dekat sini pada Sabtu ini. Ia akan bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Antara artis yang terlibat adalah Amirah Ali, Couple, Liyana Fizi, Monoloque dan Tilu.

Objektif festival ini diadakan adalah menarik anak muda untuk berhibur sambil memupuk kesedaran terhadap isu-isu sosial dan politik melalui program persembahan, bengkel dan forum.

Pelbagai program yang telah diatur termasuk konsert muzik, sidang anak muda, pesta NGO, bengkel oleh NGO, bazar anak muda, pasar buku, filem pendek dan pendaftaran pengundi.

Rock The Youth merupakan inisiatif Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor atau Gen-S dengan kerjasama Komuniti Frinjan sempena Hari Belia Antarabangsa.

Festival ini dianjurkan secara percuma.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain