suria

Ujibakat Bintang Nostalgia Klasik Nasional Kembali

PETALING JAYA: Selepas dua tahun berehat, stesen radio Klasik Nasional akan menganjurkan pertandingan Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 (BNKN 2011).

Pertandingan tersebut diadakan untuk menghargai lagu-lagu Melayu lama yang pernah mewarnai persada muzik zaman dahulu dan memperkenalkannya kepada golongan muda.

Justeru itu peserta yang berusia 35 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk menyertai BNKN2011 mencuba nasib dalam bidang seni suara.

Sesi ujibakat yang bermula pada hari ini (9 Julai) akan diadakan melalui rakaman audio di stesen-stesen negeri dan penyertaan mestilah disertakan bersama sekeping gambar bersaiz poskad dan borang penyertaan pertandingan.

Tarikh dan lokasi ujibakat Pertandingan Bintang Nostalgia Klasik Nasional 2011 bermula di RTM Kedah, RTM Perak dan RTM Johor (9 Julai 2011), RTM Melaka (16 Julai 2011), RTM Pulau Pinang Angkasapuri, Kuala Lumpur (16 - 17 Julai 2011), RTM Perlis dan RTM Negeri Sembilan (17 Julai 2011),RTM Kelantan (19 Julai 2011), RTM Terengganu (23 Julai 2011), RTM Langkawi dan RTM Sabah (23 – 24Julai 2011) dan RTM Pahang (24 Julai 2011).

Lagu-lagu untuk sesi ujibakat disediakan dalam format ‘minus one' dan panel juri yang dilantik akan memilih 24 peserta ke Peringkat Separuh Akhir.

Sebanyak 12 senarai lagu disediakan termasuklah lagu bagu peserta lelaki iaitu Hatiku Kecewa (R.Azmi), Puteri Remaja (Jasni), Taman Puspawarna (Tan Sri P.Ramlee), Cincin Belah Rotan (Ahmad CB) dan Hanya Nyanyian (S.Effendy).

Manakala peserta wanita pula diberikan lagu Jikalau Abang Merindu (Nona Asiah), Cahaya (Normadiah), Pandang Kasih (Puan Sri Saloma), Jangan Air Mata (Jamaliah Shariff) dan Ikatan Janji (Asiah Tuah).

Hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM28,500 menanti pemenang pertandingan peringkat akhir beserta piala iringan dan sijil penyertaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan serta borang penyertaan, sila hubungi 03 2288 7841 atau layari laman rasmi Klasik Nasional, laman sesawang : http://www.rtm.gov.my juga facebook : http://facebook.com/klasik.nasional.

Artikel Lain