suria

Album Sudirman ‘Aku Penghiburmu’ & ‘Kul It!’ Dicetak Semula

PETALING JAYA: Dua album penyanyi lagenda Sudirman Arshad berjudul Bukan Penghibur dan Kul It! akan dicetak semula oleh Warner Music Malaysia.

Antara lagu popular yang dimuatkan dalam album-album tersebut seperti Aku Penghiburmu, Kerana Mata, Milik Siapakah Gadis Ini dan Merisik Khabar.

Album Aku Penghiburmu merupakan album Allahyarham yang pertama bersama EMI dan album Kul It! yang memuatkan lagu Merisik Khabar, iaitu lagu yang telah menjadi kemuncak popularitinya.

Kedua-dua album ini boleh didapati di pasaran dalam bentuk cakera padat dengan harga RM15.90.

Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam album-album ini:

Album : Aku Penghiburmu

Lagu: Aku Penghiburmu, Mama, Bila Hati Terpikat, Maya, Jali Jali, Kerana Mata, Kasih, Jika Kau Pergi, Hanya Lagu, Cinta Dan Cita, Gugurmu Di Tangkai Madu, Gadis Semalam

Album : Kul It!

Lagu: Selagi Hayatku Ada, Warna Asmara, Penyu Menangis, Sutera, Radio Malaysia, Milik Siapakah Gadis Ini, Kul It!, Pesan Abang, Gadisku, Merisik Khabar, Bapak

Artikel Berikut

Anggun Tidak Lupa Asal Usul

Artikel Lain