suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pramugari Nafi Ada Anak Luar Nikah Dengan Arnold

Arnold Schwarzenegger
Arnold Schwarzenegger
Arnold Schwarzenegger

NAMPAKNYA, dakwaan mengenai hubungan sulit Arnold Schwarzenegger dengan beberapa perempuan simpanannya semakin hangat diperkatakan.

Selepas kontroversi hubungan cinta antara Arnold dan bekas pembantu rumahnya, Mildred Baena tersebar, kini tuduhan baru pula timbul di mana aktor itu pernah mempunyai hubungan intim dengan seorang pramugari bernama, Tammy Tousignant.

Tammy merupakan pramugari khas untuk pesawat peribadi Arnold yang juga mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 tahun bernama Tanner.

Bagaimanapun, tidak seperti Mildread yang turut mengandungkan anak luar nikah Arnold, Tammy membuat penjelasan bahawa Tanner bukan anak bekas gabenor California itu.

"Tuduhan mengenai Tanner adalah tidak benar dan kami tidak boleh menerima dakwaan hina sebegitu.

"Saya tahu, ramai yang percaya Tanner adalah hasil daripada perhubungan saya dan Arnold. Itu Salah, Tanner adalah hasil hubungan saya dan suami, Tom," tegasnya.

Wanita yang kini menetap di Brea, California itu pernah menjadi pramugari peribadi Arnold selama 12 tahun sehingga tahun 1999.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain