suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zac Efron Keluar Bersama Ashley Greene

Zac Efron
Zac Efron
Zac Efron

SEJAK menjadi lelaki solo, aktor Zac Efron dilihat sering bertukar-tukar pasangan.

Terbaru, bintang Charlie St. Cloud itu keluar bersama aktres Ashley Greene di restoran Baja Cantina Marina Del Ray di Washington pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, mereka tidak menunjukkan ciri-ciri seperti pasangan bercinta sebaliknya lebih ke arah teman karib sahaja.

"Sayang sekali tiada unsur-unsur romantik yang berlaku di antara Zac dan Ashley. Hubungan mereka lebih bersifat sahabat semata-mata.

"Tidak lama selepas itu, rakan-rakan mereka turut hadir ke restoran tersebut," kata sumber.

Pada hujung tahun lalu, Zac dan Vanessa telah putus cinta setelah menjalinkan hubungan selama lima tahun.

Selepas itu, Zac mula dikaitkan dengan aktres Teresa Palmer dan model Victoria Secret, Candice Swanepoel.

Ashley juga mengalami masalah sama di mana dia telah pun putus cinta dengan Joe Jonas pada awal tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia