suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Ketagihan Bermain Permainan Video

AKTRES Angelina Jolie (gambar) ketagihan bermain permainan video Angry Birds setelah pasangan hidup Brad Pitt itu selalu memainkan permainan tersebut ketika ada masa terluang di penggambaran filem Kung Fu Panda 2.

"Angelina benar-benar ketagihan Angry Birds," ujar sumber menurut Showbiz Spy, Jumaat lalu.

Sumber tersebut menambah, jika memiliki waktu luang 10 minit sahaja, aktres berusia 35 tahun itu akan menggunakan masa tersebut untuk bermain permainan itu.

"Dia (Angelina) berteriak dan mengeluarkan suara burung. Para kru takut untuk menegurnya," tambahnya.

Aktor Jack Black yang juga berlakon dalam Kung Fu Panda 2, telah mengalahkan Angelina sebanyak tiga kali dari empat perlawanan.

Bintang Wanted itu juga selalu mengajak Jack untuk ulang berlawan dengannya jika ada masa terluang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain