Amy Search Janji Kelainan Dalam Konsert Terakhir 'Double Trouble' - Hiburan | mStar

Amy Search Janji Kelainan Dalam Konsert Terakhir 'Double Trouble'

Search janji kelainan dalam Konsert Lagenda Double Trouble Live @ Melaka di Stadium Hang Jebat pada 27 Mei depan. - Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.
Search janji kelainan dalam Konsert Lagenda Double Trouble Live @ Melaka di Stadium Hang Jebat pada 27 Mei depan. - Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman (Amy) menjanjikan kelainan pada Konsert Legenda Double Trouble (DT) Live @ Melaka di Stadium Hang Jebat pukul 9 malam pada 27 Mei depan.

Kata Amy, semua aspek berkaitan konsert yang menggandingkan Search dan kumpulan Wings itu akan diperhalusi dan dipertingkatkan khusus untuk edisi terakhir DT tersebut.

"Memandangkan konsert ini bakal menjadi siri DT yang terakhir sejak ia dilancarkan tahun lalu, kami akan beri pengisian yang istimewa dan unik berbanding konsert-konsert yang lepas.

"Setiap aspek termasuklah pemilihan lagu, susunan muzik, gimik persembahan dan sistem bunyi akan dipertingkatkan.

"Kalau boleh biarlah konsert terakhir ini menjadi yang terbaik dan bermakna buat peminat," katanya yang ditemui pada sidang media konsert itu di Wangsa Maju, di sini, Rabu.

Mengulas mengenai kelemahan sistem audio pada konsert DT di Sunway Lagoon tahun lalu, Amy berkata, bagi mengelakkan kesilapan teknikal itu berulang, dia bersama anggota Search yang lain akan terlibat secara langsung dalam menentukan sistem bunyi, peralatan dan setiap perincian konsert itu.

"Kami tidak mahu kesilapan pada konsert-konsert lepas berulang semula. Untuk kali ini, kami sendiri yang akan terlibat sepenuhnya dalam menentukan setiap butiran konsert itu termasuklah peralatan dan sistem audio.

"Semuanya harus mengikut piawaian yang kami mahukan kerana tidak mahu disebabkan oleh kesilapan teknikal ia mencacatkan perjalanan konsert itu pula sebagaimana yang lepas," katanya yang akan memulakan sesi latihan konsert itu dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Abalimalimon Event Unit, Abdul Alim Alimon selaku penganjur konsert berkata: "Keunikan konsert itu adalah pada pengisiannya di mana kebanyakan lagu yang bakal dipersembahkan dipilih oleh barisan Exco kerajaan negeri Melaka sendiri.

"Selain itu, kami juga bekerjasama dengan Konsortium Transnasional Berhad yang bertindak sebagai ejen jualan tiket menerusi 80 kaunter tiket bas mereka di seluruh semenanjung."

Konsert yang mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri Melaka dan Politeknik Merlimau, Melaka itu diadakan bersempena Karnival Jom Gempau pada 25 hingga 29 Mei depan.

Selain berhibur, setiap pembelian tiket turut berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah iaitu sebuah kereta Perodua Viva, dua motosikal Modenas Kriss dan lima buah Apple iPad.

Tiket-tiket yang masih belum diumumkan harganya akan mula dijual pada 25 April depan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari dtmelaka.blogspot.com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Benjy Dimasukkan Ke ICU

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain