suria

The Perfect Gentleman 2011 Cari Jejaka Kacak

Model-model yang menjayakan gimik pada pelancaran The Perfect Gentleman 2011.
Model-model yang menjayakan gimik pada pelancaran The Perfect Gentleman 2011.
Model-model yang menjayakan gimik pada pelancaran The Perfect Gentleman 2011.

PETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 bakal menganjurkan sebuah program pencarian jejaka Cina tempatan bagi memegang gelaran Perfect Gentleman Malaysia bagi program The Perfect Gentleman 2011 yang bakal disiarkan bermula 17 Julai depan.

Menurut pengurus Besar Kumpulan Untuk ntv7 dan 8TV, Airin Zainul, The Perfect Gentleman 2011 merupakan program pertama yang mengiktirafkan jejaka-jejaka yang dipilih dari segi personaliti, gaya dan bakat.

"Program ini merupakan satu langkah berani buat ntv7 untuk mencari lelaki tempatan sempurna dari pelbagai segi.

"Saya percaya ramai jejaka di Malaysia yang mempunyai kualiti dan tarikan mereka tersendiri, cuma mereka tidak pernah berpeluang untuk menonjolkan bakat masing-masing.

"Dengan adanya The Perfect Gentleman, sebuah platform telah tersedia untuk menyerlahkan lagi kualiti yang dipunyai mereka,” katanya.

Bermula pertengahan April ini, aktiviti promosi bersiri akan diadakan, termasuklah empat ujibakat di Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kuching.

Peserta akan melalui sesi penyingkiran dimana hanya 30 orang sahaja yang akan dipilih dalam ujibakat.

Kemudiana, hanya 16 peserta terbaik sahaja yang akan ke peringkat seterusnya dimana mereka berpeluang mendapat bimbingan peribadi daripada pakar-pakar tempatan dan antarabangsa yang terdiri daripada perinding imej, pereka fesyen, dan sebagainya.

Untuk melayakkan diri bagi merebut gelaran berprestij itu, peserta akan diadili dari segi personaliti, stamina, dan kesungguhan mereka untuk berjaya, selain aspek fizikal, stail, dan persembahan mereka sepanjang 12 episod yang menampilkan tema berlainan setiap minggu.

Kemampuan mereka akan diuji sepenuhnya dalam pelbagai cabaran dan proses penyingkiran bagi melahirkan enam peserta akhir yang terbaik.

Pemenang akan diumumkan pada Peringkat Akhir yang akan keudara secara langsung pada Ahad, 9hb Oktober.

Ujibakat pertama akan diadakan pada Ahad, 17hb April di Grand Paragon Hotel di Johor, dari 10 pagi hingga 6 petang. Peserta dikehendaki membawa salinan IC, gambar separuh badan dan penuh badan berukuran 4R dengan borang pendaftaran yang lengkap.

Untuk maklumat lanjut tentang cara peserta boleh muat turun borang pendaftaran, sila layari laman web rasmi The Perfect Gentlemen di www.ntv7.com.my/theperfectgentleman atau laman Facebook rasmi (ntv7.perfectgentleman).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain