suria

Lindsay Lohan Mahu Tukar Nama

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

MENUKAR nama untuk menaikkan populariti adalah satu perkara yang normal dalam industri Hollywood.

Namun, lain pula alasan selebriti bermasalah, Lindsay Lohan yang mahu menukar nama Lohan kerana mempunyai pergolakan dengan bapanya, Michael Lohan.

Keputusan itu turut disokong oleh ibu Lindsay, Dina Lohan yang juga enggan menggunakan nama Lohan.

"Buat masa ini Lindsay membuang nama Lohan> Begitu juga dengan saya dan adiknya, Ali.

"Mungkin kami akan menggantikannya kepada nama saya ketika remaja iaitu Sullivan," kata Dina.

Pada akhir-akhir ini, keluarga Lohan sememangnya mengalami masalah besar lebih-lebih lagi apabila Lindsay menuduh Michael yang cuba melakukan kekerasan terhadap bekas kekasihnya, Samantha.

Selain itu, Lindsay turut mengalami masalah apabila terpaksa naik turun mahkamah atas tuduhan mencuri rantai di sebuah kedai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain