suria

One 'E' and 'A' Juara Band Kampus Suria FM

Juara pertandingan SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011
Juara pertandingan SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011
Juara pertandingan SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011

KUALA LUMPUR: Kumpulan One 'E' and 'A' dinobatkan sebagai juara pertandingan SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011 di Stesen Sentral di sini, Sabtu.

Dengan kemenangan tersebut, band mewakili Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan kontrak rakaman dengan label erama records.

"Kami aktif menyanyi dalam satu band di universiti dan mengambil masa lapang pada waktu malam untuk berlatih menyanyi dan bermain muzik.

"Untuk peringkat akhir pertandingan ini, kami hanya mengambil masa latihan selama seminggu.

"Selepas menang, kami sangat bersyukur dan tidak sabar untuk membuat persembahan atas tiket menjadi artis rakaman berbanding sebelum ini," kata Firdaus mewakili kumpulan tersebut.

Mereka mempertaruhkan lagu Bisikan Asmara nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan lagu ciptaan sendiri berjudul Bukan Milikmu Lagi.

"Kami agak bertuah kerana mempunyai vokalis yang pernah menyertai program realiti One In A Million, Fifi. Jadi, penyertaannya dalam band ini dianggap sebagai satu bonus," ujarnya lagi.

Selain Firdaus dan Fifi, One 'E' and 'A' turut dianggotai oleh Shawal, Helmi dan Shahnaz. Mereka sama-sama menuntut di Fakulti Muzik.

Sementara itu, band Nastia diumumkan sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai RM5,000 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kekabu (RM3,000).

Band-band lain yang hanya layak membawa pulang hadiah saguhati adalah Alphabetical Theory, The Crave, Classmate, Malaaiqa Sofea, Burst Of The Messkid, Melody Of Malaya, Green House dan A Dare Morning.

Sesi uji bakat pertandingan ini bermula pada 29 Januari lalu turut melibatkan penyertaan dari bahagian utara tanah air, Pantai Timur, Selatan.

Pertandingan tersebut diadili oleh Suby (Suria FM), Sham Kamikaze dan Stacy.

Turut menghiburkan pada acara akhir ialah persembahan dari Stacy dan kumpulan Pesawat.

Artikel Lain