suria

Johnny Depp Terima Anugerah Kerana Topi

Johnny Depp
Johnny Depp
Johnny Depp

WASHINTON: Pelakon Johnny Depp dipilih sebagai “artis bertopi tahun ini” mengalahkan selebriti lain yang gemar memakai topi termasuklah penyanyi Amerika Syarikat Gwen Stefani dan pelakon Australia, Hugh Jackman, lapor Persatuan “Headwear” Amerika Syarikat, Rabu.

Hampir empat daripada 10 pengunjung laman web persatuan tersebut memilih Depp, pelakon popular menerusi filem Pirates of the Caribbean itu bagi menewaskan Jackman yang memperoleh 16 peratus manakala Stefani mendapat 17 peratus undi.

Deep yang memegang watak Mad Hatter dalam Alice in Wonderland merampas gelaran berkenaan sejak tahun lalu apabila rakannya Brat Pitt turut berusaha membantu menyediakan topi untuk Deep supaya dia kelihatan lebih bergaya.

Untuk tempat keempat, ia dimenangi oleh penyanyi Amerika Syarikat, Justin Timberlake (13 peratus), pelakon Kate Hudson (sembilan peratus) dan Nicole Ritchie (tujuh peratus).

Ramai selebriti pada tahun ini didapati menyukai topi “lebar tepi” seperti yang digayakan oleh Deep.

“Imej seperti itu sering kelihatan di Paris, Milan dan New York termasuklah pada minggu fesyen antarabangsa baru-baru ini,” kata persatuan yang berusia 103 tahun itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain