suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Kurang Senang Hubungan Brad Pitt & George Clooney

Angelina dan Brad ketika Golden Globe Awards baru-baru ini. - Foto AP
Angelina dan Brad ketika Golden Globe Awards baru-baru ini. - Foto AP
Angelina dan Brad ketika Golden Globe Awards baru-baru ini. - Foto AP

ANGELINA Jolie khabarnya tidak senang dengan hubungan rapat antara kekasihnya Brad Pitt dengan George Clooney.

Jolie menganggap, bersahabat dengan George hanya akan memberikan pengaruh buruk kepada Brad.

"Angelina menganggap George adalah kaki minum dan kaki wanita, jadi ia akan memberikan pengaruh buruk untuk Brad," kata sumber menurut tabloid National Enquirer, Selasa.

Bintang filem Wanted yang mempunyai enam orang anak itu bimbang sekiranya Brad akan berubah sikap jika terus bergaul dengan George.

Ini kerana dua lelaki itu sedang berlakon dalam filem Ocean Thirteen menyebabkan Angelina amat cemas.

"Dia takut George akan membuat kerosakan dan mengajak suaminya kepada kesesatan," ujar sumber itu.

George Clooney juga dikhabarkan tidak terlalu suka dengan Angelina. Namun dia menghormati bintang Mr and Mrs Smith itu kerana sering terlibat dengan kegiatan sosial.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain