suria

AJL25 : Ana Raffali Terkilan Tidak Dibenarkan Pegang Gitar

Ana menganggap gitar dan baju kurung sebagai identitinya.
Ana menganggap gitar dan baju kurung sebagai identitinya.
Ana menganggap gitar dan baju kurung sebagai identitinya.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ana Raffali agak kecewa apabila tidak dibenarkan untuk memegang gitar bagi sesi fotografi yang akan digunakan sebagai profil sempena Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 akan datang.

Disebabkan memegang gitar adalah identitinya selama ini, Ana berkata, arahan yang tidak membenarkan dai berbuat demikian oleh salah seorang jawatankuasa acara itu seolah-olah tidak hormat dengan kehendaknya.

Biarpun begitu, komposer dan penulis lirik ini tetap meneruskan sesi tersebut mengikut tuntutan pihak tersebut walaupun hatinya tersentuh kerana terpaksa mengorbankan keinginan sendiri.

“Kalau boleh saya nak bergambar dengan gitar sambil memakai baju kurung bagi mengekalkan imej saya yang sebegitu. Disebabkan salah faham yang berlaku, kami terpaksa ulang semua sesi bergambar.

“Saya mahu buktikan setiap orang perlu diberi hak untuk tampil dengan identiti dirinya sendiri,” kata Ana selepas sidang media dan mencabut giliran persembahan finalis AJL25 yang diadakan dia Kelab Soho, Solaris, Damansara di sini, Rabu.

Ana mendapat giliran persembahan ketujuh dengan mempertaruhkan lagu Tolong Ingatkan Aku yang dicipta sepenuhnya oleh dia sendiri.

Memandangkan ini merupakan pertama kali Ana beraksi di AJL, dia akan cuba merealisasikan impian melakukan persembahan yang dramatik dan berkonsepkan teater.

“Saya memang mengimpikan untuk menyertai AJL sejak dari kecil kerana dulu saya hanya mengikuti perkembangannya dan menonton dari jauh.

“Walaupun baru pertama kali, saya tetap meletakkan harapan untuk memenangi kategori persembahan terbaik dan lagu terbaik. Tetapi tidak dinafikan saingan kali ini sangat sengit memandangkan ramai penulis lirik dan komposer yang bagus.

“Bagaimanapun, saya tetap akan melakukan persembahan yang terbaik,” katanya yang akan mengenakan baju kurung tradisional rekaan Aliff Shukor.

Selain itu, dia turut mendapat sokongan dan tajaan daripada beberapa rakan dan individu untuk merealisasikan persembahannya dalam AJL tersebut yang akan diadakan pada 9 Januari 2011, di Stadium Putra Bukit Jalil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain