suria

Zac Efron & Vanessa Hudgens Putus Cinta

Perpisahan antara Zac Efron dan Vanessa Hudgens berlaku atas dasar persafahaman.
Perpisahan antara Zac Efron dan Vanessa Hudgens berlaku atas dasar persafahaman.
Perpisahan antara Zac Efron dan Vanessa Hudgens berlaku atas dasar persafahaman.

HUBUNGAN cinta pasangan selebriti remaja popular Zac Efron, 23, dan Vanessa Hudgens, 22, yang mula terjalin sejak 2005 selepas membintangi filem popular High School Musical dilaporkan telah berakhir.

"Tiada apa yang "dramatik" berlaku dalam hubungan mereka. Hubungan mereka berakhir bukan disebabkan oleh pihak ketiga," kata satu sumber yang dipetik oleh portal eonline.com.

Satu lagi sumber menambah: "Mereka telah bersama untuk tempoh yang terlalu lama. Perpisahan ini berlaku dengan baik dan secara semulajadi mengikut peredaran waktu."

Kedua-dua sumber itu turut menegaskan hubungan mereka masih baik sebagai sahabat.

Efron kini terbabit dengan penggambaran filem terbaru The Lucky One di New Orleans.

Sementara itu, Hudgens yang sedang berada di Hawaii bakal menamatkan penggambaran filem Journey 2: The Mysterious Island dalam waktu terdekat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain