suria

FFM23 : Tuah Buat Magika

Filem Magika arahan Edry Abdul Halim membawa tuah Foto The Star AZMAN GHANI
Filem Magika arahan Edry Abdul Halim membawa tuah Foto The Star AZMAN GHANI
Filem Magika arahan Edry Abdul Halim membawa tuah Foto The Star AZMAN GHANI

SHAH ALAM: Filem Magika arahan Edry Abdul Halim membawa tuah buat pengarah itu apabila diangkat sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini, Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Edry membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM50,000. Ia merupakan filem pertama arahan Edry.

Selain filem terbaik, pada majlis itu Edry turut memenangi Skor Muzik Asal Terbaik selain lima Anugerah Cipta yang diumumkan pada 21 Oktober lalu di Centre Atrium E@Curve , Damansara, Petaling Jaya.

Bagi Pengarah Terbaik, pertama kali dalam sejarah FFM23, ia dimenangi oleh pengarah muda, Syamsul Yusof, menerusi filem Evolusi KL Drift.

Syamsul mengalahkan saingan terdekatnya iaitu Mamat Khalid (Estet), Jason Chong (Belukar) dan Edry Abdul Halim (Magika). Kemenangan itu membolehkan dia menerima sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM20,000.

Menurut Syamsul dia tidak menjangkakan kemenangan tersebut kerana saingannya merupakan pengarah-pengarah hebat dalam industri perfileman tempatan.

"Saya bersyukur atas kemenangan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada ayah saya, Datuk Yusof Haslam yang banyak mengajar saya. Rasanya, kalau dia tidak paksa, saya tak mungkin meraih kejayaan ini,” katanya.

Pelakon Lisa Surihani berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan mengalahkan saingan, Puteri Mardiana (Santau), Mislina (Karaoke) dan Jasmine Michael (Estet).

Bagi pelakon terbaik lelaki pula, Bront Palare (Belukar) mengalahkan Zul Huzaimi (Haq) Isma Daniel (Santau), Farid Kamil (Lagenda Budak Setan ) dan Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift).

Hadiah bagi anugerah utama di sampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri,. Dr. Rais Yatim.

Berikut adalah antara pemenang FFM-23:

Filem Terbaik: Magika

Pengarah Terbaik: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Pelakon Terbaik: Bront Palare (Belukar) Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)

Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz Raja Ahmad (Niyang Rapik)

Lakon Layar Terbaik: Jumaatun Azmi (Haq)

Cerita Asal Terbaik: Ahadiat Akashah (Lagenda Budak Setan)

Penyunting Terbaik: Hisham Jupri/Syamsul Yusof - (Evolusi KL Drift 2)

Skor Muzik Asal Terbaik: Edry Abdul Halim

Filem Dokumentari Terbaik: Suatu Ketika: Laskar Seni

Filem Animasi Terbaik: Buas Filem Pendek Terbaik: Projek Genex

Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Johari Ibrahim

Anugerah Khas Pelakon Wanita: Datuk Sarimah Ahmad

Anugerah Khas Pelakon Veteran Lelaki: Tamam Idris

Anugerah Filem Box-Office: Adnan Sempit

Seniman Dalam Kenangan: Allahyarham Datuk Ahmad Mahmood

Penerima Anugerah Khas Juri: Cinta Ais Kacang, Woo Hoo, Estet dan Muallaf.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain