suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Celine Dion Lahir Bayi Kembar Lelaki Pramatang

Celine Dion dan suaminya, Rene Angelil.
Celine Dion dan suaminya, Rene Angelil.
Celine Dion dan suaminya, Rene Angelil.

PENYANYI terkenal Hollywood, Celine Dion telah melahirkan bayi kembar lelaki dengan selamat, Sabtu di Pusat Perubatan St. Mary, West Palm Beach, Florida.

Kedua-dua bayi seberat 2.29 kilogram dan 2.32 kilogram tersebut dilahirkan pramatang kerana Celine dijangka bersalin lewat sebulan iaitu bulan November depan.

Namun sejak 18 Oktober lalu, wanita berusia 42 tahun itu telah di ke hospital itu, menurut Showbiz Spy, Ahad.

Kedua-dua bayi yang belum diberi nama itu akan dirawat di dalam inkubator untuk beberapa hari.

Suami Celine, Rene Angelil, 68, turut menemani isteri tercintanya bersama-sama anak mereka, Rene-Charles, 9.

"Sekarang, Celine sedang berehat dan mereka akan memilih nama bayi setelah semuanya selesai," ujar jurucakap Celine.

Penyanyi lagu popular My Heart Will Go On itu hamil bayi kembar setelah melalui enam kali kaedah bayi tabung uji. Anak lelaki pertamanya juga dilahirkan melalui kaedah yang sama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain