suria

Album MJ 'Unheard' Dikeluarkan November Ini

SEBUAH album yang mengandungi sepuluh lagu baru Raja Pop Michael Jackson (MJ) (gambar) akan dikeluarkan bulan November ini, lebih dari setahun selepas kematiannya.

Album berjudul Unheard tersebut mengandungi lagu-lagu yang sebelum ini ditolak semasa arwah masih hidup serta rakaman lagu yang disimpan di komputer dan hampir dilupakan.

Antaranya, lagu-lagu Jackson dengan rapper Will.i.am pada tahun 2006 dan beberapa lagu yang tidak dimasukkan dalam album Bad pada 1987.

Difahamkan produser muzik, Rodney Jerkins, yang turut menghasilkan album Jackson, Invincible (2001) akan bekerjasama dengan Sony Music untuk menghasilkan album tersebut.

Manakala abang MJ, Jackie akan turut membantu mereka.

Sementara itu, bekas pengurus MJ, Frank DiLeo memberitahu, terdapat lebih dari 100 lagu MJ di 'peti besi'.

Ini termasuk kerjasama dengan artis Ne-Yo dan Akon, selain puluhan hits dari lapan puluhan ketika MJ popular.

"Ada beberapa lagu yang kami rakamkan untuk album Bad tetapi kami potong kerana terlalu sensasi," katanya.

Album ini dijangka menjadi projek pertama dari 10 projek yang telah ditandatangani oleh waris MJ dan Sony BMG pada Mac lalu.

Artikel Lain