suria

Zoe (Avatar) Bertunang Dengan Keith

AKTRES popular menerusi filem Avatar, Zoe Saldana telah bertunang dengan Keith Britton selepas bercinta selama 10 tahun.

"Mereka akan bersama selamanya. Mereka pasangan yang hebat," kata sumber terdekat Zoe mengenai pertunangan tersebut kepada usmagazine semalam.

Selama ini, aktres berusia 32 tahun itu selalu mengunci mulut berhubung kisah cintanya dengan Keith.

Kekasihnya yang juga aktor dan Ketua Pegawai Eksekutif My Fashion Database itu diperkenalkan Zoe kepada teman-temannya hanya sebagai Keith.

"Dia tidak pernah memperkenalkan Keith sebagai tunangannya. Dia hanya berkata ini Keith. Dia selalu menjaga rahasia kehidupan peribadinya dan mahu orang fokus kepada kariernya sebagai aktres," jelas sumber itu lagi.

Zoe dan Keith khabarnya sedang merancang untuk berkahwin. Zoe tidak berhenti bekerja untuk majlis perkahwinannya kelak.

Zoe Yadira Zaldaña Nazario lahir di New Jersey, Amerika Syarikat pada 19 Jun 1978. Dia mula dikenali menerusi filem Law & Order dan Star Trek.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain