suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yuni Terima Arahan Raffi

Yuni tidak mahu terus jadi ketua keluarga.
Yuni tidak mahu terus jadi ketua keluarga.
Yuni tidak mahu terus jadi ketua keluarga.

BIARPUN usia membezakan pasangan kekasih Yuni Shara dan Raffi Ahmad, namun bukan bererti Yuni tidak mahu Raffi menjadi imamnya. Malah Yuni mengaku bersedia mendengar arahan dari Raffi.

"Walaupun saya lebih berpengalaman daripada dia, tidak mungkin saya terus menjadi ketua.

"Biarpun masih muda tapi dia sudah mampu menjadi ketua dalam keluarga. Saya akan tetap membantunya dari belakang," kata Yuni seperti dipetik Kapanlagi.com.

Tambah Yuni lagi, meskipun kekasihnya itu jauh lebih muda tetapi dia memiliki keyakinan yang konvensional dan matang daripada usia sebenarnya.

"Jangan tidak tahu bahawa Raffi orangnya sangat konvensional. Dia terlalu mengambil berat tentang anak-anak saya yang selalu ingin di depan matanya dan dia juga mahu saya mengurus anak sendiri berbanding pembantu," tambahnya.

"Tentang masa hadapan dan keluarga kami sudah pun membincangkannya namun belum bersedia untuk diberitakan kepada masyarakat," tegas Yuni.

Artikel Sebelum

Artikel Lain