suria

Tyra Banks Nafi Kembali Menjadi Model

TYRA Banks menegaskan, dia tidak akan kembali memperagakan fesyen di atas pentas.

Bekas supermodel itu mencetuskan spekulasi itu apabila menandatangani kontrak dengan syarikat IMG Models awal bulan ini.

Tyra berkata, dia bekerja dengan agensi itu dalam kapasiti yang "lebih luas" dan bukan sebagai model.

"Saya menyertai IMG untuk beberapa sebab. Saya sedang membina syarikat saya dan sedar saya boleh membantu banyak syarikat. Mereka juga boleh membantu syarikat saya.

"Saya pernah berkhidmat dengan IMG lima tahun lalu dan ia sangat sesuai saya kembali dengan kapasiti yang lebih luas," katanya kepada media.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain