suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Susan Boyle Dilamar Bintangi Siri 'Glee'

SIRI Glee yang sedang popular di televisyen kembali melamar penyanyi ternama untuk menjadi pelakon cameo. Kali ini penyanyi lagu Britain's Got Talent, Susan Boyle dikhabarkan akan turut membintangi Glee.

"Dia akan menjadi pelayan," ujar salah seorang penerbit Glee, Ryan Murphy, kepada CNN semalam.

Menurut Murphy, kehadiran Susan Boyle boleh menjadikan Glee semakin menarik. Sambil bergurau Murphy menambah, Boyle memang sudah dinantikan untuk salah satu watak dalam siri tersebut iaitu Kurt.

"Kurt pasti ingin sekali merias wajahnya," ujarnya.

Setakat ini, Murphy belum tahu sama ada Boyle bersedia untuk berlakon atau tidak. Namun, penyanyi 49 tahun itu sudah dimaklumkan tentang tawaran itu.

Sehingga saat ini, memang sudah ramai selebriti terkenal yang muncul di Glee. Antara mereka adalah Olivia Newton John dan Josh Groban.

Artikel Sebelum

Artikel Lain