LEONARDO DiCaprio yang memiliki teman wanita yang jelita, Bar Refaeli nampaknya bermain cinta di majlis Maxim Hot 100.
Tingkah lakunya membuatkan seorang rakannya menegurnya: "Tidakkah anda mempunyai teman wanita?"
Aktor itu dikelilingi jelitawan pada majlis malam itu sedangkan Refaeli tidak kelihatan di situ.
"Semua wanita mengemuruninya. Walaupun dia mesra dengan mereka, dia pulang seorang diri," kata rakannya kepada media.


