suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Eddie Murphy Mahu Jadi Prof Klump Lagi

AKTOR komedi Eddie Murphy meraih kejayaan menerusi lakonannya dalam filem-filem Beverley Hills Cop dan seterusnya sebagai Prof Sherman Klump yang sangat buncit dalam filem The Nutty Professor. Kini, Murphy merancang untuk menggarap filem ketiganya.

Menurut Access Hollywood semalam, The Nutty Professor 3 sudah bersedia untuk menjalani penggambaran. Murphy yang melakonkan beberapa karakter dalam filem tersebut, mengaku sedang menulis naskhah filem ketiga The Nutty Professor.

"Kita sedang menulisnya dan tentu ceritanya pasti lucu," ujar bintang yang popular menerusi Beverly Hills Cop itu.

Disebabkan masih dalam persiapan, Murphy belum boleh berbicara banyak tentang filem tersebut. Aktor yang kini berusia 49 tahun itu berkata pihaknya masih perlu berbincang panjang dengan pihak studio.

Murphy mengeluarkan filem pertama The Nutty Professor pada 1996 lalu. Filem berikutnya, Nutty Professor II: The Klumps menyusul empat tahun berikutnya. Dua filem tersebut juga berjaya secara komersial.

Artikel Berikut

Artikel Lain