Katie Holmes percaya kasut tumit tinggi kepunyaan Suri tidak membahayakan. -Foto AP KATIE Holmes merasakan tidak salah untuk anak perempuannya, Suri yang berusia tiga tahun minat untuk memakai kasut tumit tinggi."Seperti mana-mana budak perempuan, dia juga meminati kasut tumit tinggi saya," kata Holmes di dalam sebuah majalah. Pengkritik sebelum ini pernah membuat teguran apabila melihat Suri mengenakan kasut tumit tinggi baru-baru ini dan berkata, ia akan menjejaskan perkembangan fizikalnya.Namun, Holmes, 30, percaya kasut tumit tinggi kepunyaan Suri tidak membahayakan."Kasut-kasut itu sebenarnya hanyalah kasut menari untuk kanak-kanak. Saya beli untuknya dan dia amat menyukai kasut-kasut itu," katanya.