suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chantelle tidak ingin keluar dengan lelaki sembarangan

PERAGAWATI terkenal ini tidak ingin membuang masa keluar dengan lelaki sembarangan.

Pemenang ‘Miss Malaysia Model of the World 2007’ ini berkata dia sukakan lelaki yang gemarkan kanak-kanak.

“Dia mesti berpendidikan tinggi dan pandai berdikari.”

“Kenapa kongsi semua kebaikkan yang ada pada diri dengan satu orang sahaja?” model setinggi 1.75 meter dari Ipoh ini kemudian berkata bertanya dengan nada yang nakal.

“Saya masih bujang lagi. Kerja adalah keutamaan dan fokus nombor satu saya sekarang,” katanya dalam satu temu bual semalam.

Tambahnya lagi, rupa bukanlah satu aspek penting baginya tetapi senyuman yang menawan adalah satu kemestian yang mesti dimiliki oleh buah hatinya bila tiba masanya.

Perhubungannya dengan bekas teman lelaki semasa masih menuntut di United Kingdom telah menyebabkannya untuk lebih berhati-hati sebelum menjalinkan hubungan dengan sesiapa.

Ratu cantik atau nama penuhnya Chantelle Chuah Shee Peng mula berjinak-jinak dalam bidang peragaan sepenuh masa sejak memenangi pertandingan ratu cantik itu dua tahun yang lepas.

Dia juga dikategorikan sebagai salah seorang daripada “Hot Sexy Babies” oleh portal Daily Chilies dan telah mendapat lebih daripada 13 ribu undi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain