suria

Bayar USD 500,000 untuk bersemadi di sebelah Marilyn Monroe

Bintang lagenda Hollywood, Marilyn Monroe meninggal dunia pada tahun 1962 ketika baru berusia 36 tahun kerana pengunaan dadah yang berlebihan. foto-REUTERS

KINI sesiapa yang mahu disemadikan bersebelahan dengan mendiang bintang Hollywood terkenal Marily Monroe berpeluang melakukannya dengan syarat bersetuju untuk membayar jumlah wang yang besar.

Ruang tempat persemadian itu kini sedang dijual di laman web E-bay.

Elsie Poncher telah melelong tempat persemadian bekas suaminya Richard di Westwood Village Memorial Park di Los Angeles.

Bidaan untuk ruang persemadian bersebelahan dengan mendiang Marilyn Monroe itu bermula dengan harga 500,000 dolar.

Dalam satu temubual dengan sebuah akhbar, Elsie berkata beliau terpaksa menjual ruang persemadian suaminya itu kerana dia mahu mengunakan wang tersebut untuk menjelaskan hutang rumahnya di Beverly Hills.

Menurut beliau bekas suaminya yang meninggal dunia pada tahun 1986 membeli ruang persemadian itu daripada bekas suami Marilyn, seorang pemain besbol lagenda Joe Dimaggio.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain