suria

Tujuh pencalonan Britney Spears di anugerah MTV dipersoalkan

Penyanyi Britney Spears tiba di The 2009 Teen Choice Awards yang berlangsung di Gibson Amphitheatre pada 9 Ogos 2009 di Universal City, California. -foto AFP

PENYANYI yang popular dengan lagu 'Toxic' Britney Spears mendapat tujuh pencalonan dalam anugerah MTV Video Muzik tahun ini termasuklah kategori paling popular iaitu 'Video of The Year'.

Bagaimanapun perkara itu mendapat kritikan daripada pihak industri hiburan sendiri kerana ada yang beranggapan pencalonan beliau yang terlalu banyak adalah keterlaluan.

Ia dipersoalkan kerana pencalonan beliau berdasarkan kepada hanya satu video muzik yang dihasilkannya tahun ini yang berjudul 'Womanizer'.

"Kami terkejut apabila Britney mendapat pencalonan yang sangat banyak, yang menjadi persoalan ialah adakah ia pencalonon simpati kepada Britney kerana dia baru sembuh daripada masalah kesihatanya.

"Bagaimanapun kemunculan Britney dalam anugerah itu nanti pasti akan menarik lebih ramai audien," kata salah seorang yang berpengaruh dalam industri hiburan Hollywood.

Tahun lepas kemunculan semula Britney dalam anugerah Video Muzik MTV berjaya menaikan rating rancangan tersebut sebanyak 41 peratus.

Artikel Lain