Anak Jackie Chan tak kisah berlakon filem Bollywood - Hiburan | mStar

Anak Jackie Chan tak kisah berlakon filem Bollywood

Jaycee Chan, waris aktor lagenda Jackie Chan tidak kisah membawa watak apa saja dalam filem.
Jaycee Chan, waris aktor lagenda Jackie Chan tidak kisah membawa watak apa saja dalam filem.

BAPA borek anak rintik. Begitulah dengan anak lelaki Jackie Chan, Jaycee Chan yang berusia 26 tahun ini. Seperti bapanya, karier seninya sudah mula menampakkan hasil.

Walaupun begitu, Jaycee tidak seberani bapanya yang sanggup membuat stunt yang membahayakan diri.

Jaycee akan mulakan projek barunya dengan produksi di Taiwan tidak lama lagi.

"Saya tidak berani buat stunt. Sungguh mengerikan kerana saya takut kalau jadi apa-apa pada saya. Dan saya juga tidak mahu family dan kawan-kawan risau pasal saya," kata anak lagenda Jackie Chan ini.

Penglibatan Jaycee dalam bidang seni disebabkan pengaruh bapanya.

Setelah melihat hasil kerja bapanya yang mangagumkan, Jaycee juga tercabar untuk memberi yang terbaik dalam lakonannya.

Namun, dia langsung tidak teruja untuk mengikuti jejak langkah ayahnya untuk menjadi aktor stunt yang terkenal di dunia. Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Jackie yang telah banyak buat filem hebat seperti "Rush Hour" dan "Shanghai Noon".

"Tidak mungkin saya akan ikut jejak ayah sebagai aktor stunt. Saya tahu dia bekerja keras untuk berada di tempatnya sekarang.

"Apa yang membakar semangat saya ialah keyakinan dan semangat juangnya yang tinggi untuk mendapat apa yang dia hendak tanpa berputus asa," kata Jaycee.

Jaycee, juga adalah seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan gitaris. Dia mula melibatkan diri secara serius dalam bidang lakonan pada tahun 2004 dalam filem China, "Twins Effect II". Dia juga telah membintangi filem Taiwan, "Invisible Target", yang juga diedarkan di India.

Tidak seperti ayahnya, Jaycee ingin menjadi pelakon versatile.

"Saya tidak kisah bawa watak apa saja - baik, jahat, doktor, gangster, kekasih...apa saya janji ianya menghiburkan," katanya.

Dan Jaycee juga tidak kisah berlakon dalam filem Bollywood.

"Saya suka dengar dan menonton filem India. Semua lagu yang saya dengar membuat saya gembira. Seolah-olah menggambarkan orang India itu selalu gembira. Saya harap saya betul buat persepsi ini.

Jaycee pernah bertemu dengan aktres Bollywood Mallika Sherawat, ketika aktres itu berlakon dengan ayahnya dalam filem "The Myth".

"Dia amat merendah diri tapi saya tidak tahu sepopular mana dia di India. saya rasa semua bintang Bollywood macam dia juga," kata Jaycee.

Artikel Sebelum

Siti tak terasa nak menyanyi lagi...

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain