suria

Abishek promosi filem di enam buah bandar dalam masa 12 jam

Abishek mendapat sambutan di luar dugaan ketika membuat promosi di Utaar Pradesh.
Abishek mendapat sambutan di luar dugaan ketika membuat promosi di Utaar Pradesh.
Abishek mendapat sambutan di luar dugaan ketika membuat promosi di Utaar Pradesh.

AKTOR Bollywood Abhishek Bachchan sanggup mempromosikan filem terbarunya 'Delhi 6' dengan membuat kemunculan di khalayak ramai di enam buah bandar dalam masa 12 jam.

Ratusan peminat Abishek Bachchan bersorak ria dan mengerumuni Abhishek ketika dia memasuki sebuah pasaraya di Ghaziabad, Uttar Pradesh.

Idea promosi yang dijalankan oleh Abhishek ini pernah disuarakan sejak tahun lepas lagi.

"Saya rasa ini cara terbaik untuk promosikan filem saya. Selalunya kita akan menumpukan perhatian kepada kawasan bandar saja.

"Seronok juga bila berada di tengah-tengah kelompok luar bandar dan bukan di bandar-bandar besar seperti Mumbai, New Delhi, Kolkata dan Chennai," kata Abishek.

Filem 'Delhi 6' diarahkan oleh Rakeysh Omprakash Mehra, yang menjulang namanya setelah kejayaan filem fenomena 'Rang De Basanti' yang cuba memaparkan kehidupan di litar lumba New Delhi.

'Delhi 6' dibintangi oleh Abhishek dan Sonam Kapoor, dan merupakan percubaan ketiga Mehra setelah 'Aks' dan 'Rang De Basanti'.

Filem ini diinspirasikan oleh kod postal sebuah tempat di Delhi, di mana cerita ini bermula.

Tempat ini juga terkenal kerana Chandni Chowk, Jama Masjid dan Red Fort.

Ceritanya berkisar tentang Roshan yang baru pulang ke India dari New York bersama neneknya yang sakit.

Roshan tidak tahu yang perjalanan pulangnya akan menjadi satu perjalanan yang cukup panjang dalam hidupnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain