suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada lagi rahsia, Luna Maya terima lamaran Maxime Bouttier

Luna tayang cincin berlian di jari manis.

TIDAK lagi berdalih, pelakon Maxime Bouttier akhirnya memberanikan diri melamar aktres Luna Maya untuk menjadi pasangan hidupnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Luna menerusi hantaran Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat Maxime melutut dan menghulurkan sebentuk cincin ke arah Luna semasa mereka bercuti di Jepun.

Luna terkejut dilamar di Jepun.

Malah Luna juga menunjukkan jari manisnya sudah tersarung cincin berlian.

"Dengan hati yang penuh cinta, aku bilang ya. Untukmu, untuk perjalanan indah yang kita tulis bersama ini, untuk selamanya," tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu Maxime turut meluahkan rasa teruja untuk ke episod baharu kehidupannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya dedah pernah curang, puncanya bosan dengan kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dah dapat restu orang tua, Luna Maya dan Maxime sudah bersedia melangkah fasa perkahwinan

"Bersambung ke bab seterusnya," luahnya.

Untuk rekod, hubungan cinta Luna dan Maxime mula dihidu peminat sekitar tahun 2023.

Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk berdiam diri dari mengulas lanjut mengenai hubungan tersebut kerana perbezaan umur diantara mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain