suria

Park Seo Joon berangkat ke Los Angeles, mula jalani penggambaran 'The Marvels'

Park Seo Joon meninggalkan Korea Selatan pada petang Jumaat.

SECARA rasmi pelakon terkenal Korea iaitu Park Seo Joon bakal melebarkan sayapnya ke Hollywood apabila agensi pengurusannya mengesahkan aktor itu akan sertai salah satu filem terbaharu terbitan Marvel Studios.

Memetik laporan Soompi, bagaimanapun pihak Awesome ENT enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai filem yang bakal dibintangi pelakon itu.

"Kami berterima kasih kepada ramai orang yang menunjukkan keterujaan dan sokongan terhadap Park Seo Joon sebagaimana dia menyahut cabaran baharu.

"Kami sedar ramai orang ingin tahu tajul filem yang bakal dia bintangi, watak, lokasi dan jadual penggambaran tapi kami akan kongsi nanti," katanya.

Sementara itu, pada petang Jumaat, pelakon drama Itaewon Class itu dirakam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, meninggalkan Seoul.

Bintang terkenal kdrama itu berpakaian serba hitam dengan topi sehingga menutup matanya ditemani oleh pengurus dan pengawalnya.

Menerusi laporan media Korea Selatan, Park Seo Joon dijadualkan berangkat ke Los Angeles, California bagi menjalani penggambaran untuk filem Marvel Studios 'Captain Marvel 2: The Marvels'.

Park Seo Joon menjadi pelakon Korea ketiga yang membintangi filem Marvel selain pelakon Claudia Kim (Avengers: Age of Ultron) dan Ma Dong Seok (Eternals).

Desas-desus mengenai Park Seo Joon bakal membintangi filem sekuel Captain Marvel mula berterbangan sejak beberapa lalu namun tiada pengesahan daripada aktor itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain