suria

Siti Badriah terkejut peminat biadab cium pipi atas pentas

Siti Badriah terkejut dengan tindakan peminatnya yang bertindak mengucup pipinya sewaktu di atas pentas.

PENYANYI dangdut Indonesia, Siti Badriah terkejut apabila seorang lelaki yang merupakan peminatnya bertindak berani mencabul kehormatannya di khalayak umum.

Pada awalnya, Siti Badriah atau lebih dikenali Sibad melayan permintaan lelaki itu yang ingin berswafoto bersamanya sebaik selesai membuat persembahan.

Malangnya, lelaki itu bertindak luar kawalan apabila mencium pipi Sibad yang ketika itu mengenakan baju pendek berwarna hitam sambil disaksikan ribuan peminatnya yang lain.

Sibad bagaimanapun dilihat bersikap profesional apabila tidak mudah melenting sebaliknya beredar dari pentas itu.

Sementara itu, video berkenaan yang menjadi viral di laman sosial menerima pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata mereka berang dengan tindakan lelaki itu yang dianggap biadab dan tidak sopan. - Tabloidbintang.com

Siti Badriah, cium

Artikel Lain