suria

Lagu BTS 'Fake Love' pecah rekod 'Gangnam Style' di Spotify

BTS sekali lagi mencipta sejarah apabila lagu Fake Love menjadi lagu berbahasa Korea paling tinggi mendapat jumlah strim di Spotify.

KUMPULAN kpop terkenal, BTS mencipta satu lagi sejarah apabila single mereka berjudul Fake Love memperoleh jumlah penstriman mencecah 183,309,283 juta menerusi aplikasi Spotify.

Koreaboo melaporkan jumlah itu menjadikan Fake Love adalah lagu dari Korea Selatan yang paling banyak distrim menerusi platform itu.

Malah ia juga memecah rekod Psy menerusi Gangnam Style yang mendapat 183,038,048 juta strim di Spotify sejak ia dilancarkan lima tahun lalu.

Fake Love adalah single daripada album terbaharu mereka, Love Yourself: Tear yang turut mencipta sejarah apabila menduduki tangga pertama carta penjualan album Billboard 200 di Amerika Syarikat.

BTS, Fake Love, Psy, Gangnam Style

Artikel Lain