suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beyonce beri petunjuk hamil anak keempat

Beyonce dikatakan sedang hamil anak keempatnya.

PENYANYI terkenal Beyonce dikhabarkan sedang hamil anak keempatnya dan isteri kepada Jay-Z itu nampaknya memberikan beberapa petunjuk mengenainya.

Baru-baru ini, Beyonce, 36, tampil memakai gaun jenama Dolce & Gabbana yang jelas memperlihatkan perutnya seperti sedang hamil ketika keluar makan tengah hari bersama suaminya.

Malah ketika mengadakan konsert jelajah Eropah, On The Run II Tour, Beyonce dilihat mengusap perutnya di pentas dan ramai menyangka ia sebagai salah satu petunjuk mengenai khabar angin itu.

Ini kerana Beyonce pernah melakukan perkara sama sejurus selepas mengadakan persembahan pada MTV Video Awards 2011 bagi mengumumkan dia sedang hamil anak pertamanya.

Terbaharu, Beyonce memuat naik gambarnya yang mempunyai nombor '4' dibahagian latar gambar itu seolah-olah memberi gambaran dia sedang hamil anak keempatnya.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan iaitu Blue Ivy Carter, 6 dan pasangan kembar Rumi dan Sir yang kini berusia setahun.

Beyonce, Jay-Z

Artikel Sebelum

Artikel Lain